Inisiatif 'Women Take the Wheel' Tingkatkan Pengalaman Wanita Membeli Kereta

Cars
25 Mar 2023 • 6:00 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Inisiatif ini dapat menukar pemikiran skeptikal orang ramai bahawa wanita hanya pandai memandu kereta sahaja - Gambar Hiasan

Bagi memberikan penekanan dan maklum balas kepada wanita dalam memperkasakan diri mereka sebagai pembeli kereta, Platform e-dagang kereta terbesar di Asia Tenggara, Carsome telah melancarkan inisiatif 'Women Take the Wheel' di Malaysia, Indonesia dan Thailand. 

Program ini menawarkan kepada wanita pengalaman dan tawaran yang berbeza dengan mengambil kira permintaan mereka untuk dibimbing terutamanya dalam aspek teknikal dan berkaitan proses pembelian kereta di peringkat awal.

Jadi sedikit sebanyak inisiatif ini dapat menukar pemikiran skeptikal orang ramai bahawa wanita hanya pandai memandu kereta sahaja.

Menurut data Carsome, bilangan pembeli kereta wanita telah meningkat lebih daripada 308 peratus pada 2022 berbanding tahun sebelumnya. 

image is not available
Juliet Zhu (tengah) dan pasukan inisiatif 'Women Take The Wheel' - Gambar ihsan Carsome

Presiden dan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Carsome, Juliet Zhu berkata, pihaknya telah mengambil kira segala maklum balas dalam memberi sokongan terhadap pelanggan wanita mereka.

"Kami telah mendengar maklum balas pelanggan wanita kami dan mengiktiraf cabaran yang mereka hadapi sepanjang perjalanan pemilikan kereta mereka.

“Selain memberikan kepercayaan, ketelusan dan pilihan melalui pengalaman membeli dan menjual kereta digital kami, 'Women Take the Wheel' adalah cara kami membantu wanita dalam membuat keputusan semasa membeli kereta. Kami berharap apa yang telah kami bina hari ini akan menjadi asas esok untuk terus menyokong wanita,” jelasnya.

Jadi pelanggan wanita di luar sana yang mempunyai kerisauan membeli kereta, usah lagi ragu-ragu dan takut, hadirlah ke Carsome  dengan tenang untuk memiliki  kereta pilihan anda. - Getaran 25 Mac 2023