Inkues Zara Qairina: Punca Kematian Akibat Kecederaan Otak Teruk – Saksi Keempat

LocalFamily & Parenting
9 Sep 2025 • 3:21 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Dalam prosiding inkues Zara Qairina Mahathir hari ini, saksi keempat, Dr Pavankumar Balachandran berkata, pesakit dimasukkan ke Wad Neurosurgikal dengan diiringi oleh kakitangan Jabatan Kecemasan dan Trauma pada 16 Julai, jam 6.40 petang.

Ujar Dr Pavankumar, ketika berada di wad, Zara Qairina tidak menunjukkan sebarang tanda klinikal pemulihan dan keluarga telah dimaklumkan secara terperinci mengenai ketiadaan refleksi otak di mana ia menandakan prognosis yang sangat lemah dan tidak menentu.

Keadaan pesakit beransur-ansur merosot dan akhirnya meninggal dunia pada 17 Julai 2025, kira-kira jam 1.07 tengah hari. Punca kematian adalah disebabkan oleh kecederaan otak traumatik yang teruk dengan ensefalopati hipoksik-iskemik.

image is not available

Sumber : Mohd Adam Arinin 

Ketika membacakan kenyataannya di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan, doktor itu juga berkata mayat berada di wad sehinggalah pegawai penyiasat tiba.

Dr Pavankumat juga menerangkan kepada pegawai penyiasat itu dan ibu Zara Qairina mengenai punca kematian pelajar Tingkatan Satu tersebut.

Menurut Harian Metro, pegawai penyiasat telah mengarahkan agar mayat Allahyarham Zara Qairina dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik selepas berbincang dengan ibunya, Noraidah Lamat.

image is not available

image is not available 2025-09-08 13:14:35

Inkues Zara Qairina: Tulisan Tangan Orang Lain Ditemui Dalam Buku Milik Arwah