Inovasi AI Samsung penuhi kehendak gaya hidup moden, ini 6 fitur baharu jadikan sistem hiburan dalam rumah serba canggih

Digital
31 May 2024 • 7:30 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

SAMSUNG Electronics Malaysia baru-baru ini memperkenalkan siri televisyen (TV) pintar dengan teknologi kecerdasan buatan (AI) terkini untuk pasaran tempatan.

Neo QLED 8K, Neo QLED 4K dan TV OLED tampil dengan ciri inovatif terbaharu demi memberikan pengalaman hiburan lebih menarik, ditambah pemprosesan canggih untuk penyelesaian terbaik AI.

Presiden Samsung Malaysia Electronics Sdn Bhd, Denny Kim berkata, Samsung sudah melabur untuk penyelidikan AI lebih satu dekad demi menghasilkan produk rangkaian TV dan audio paling diyakini.

“Tahun ini, barisan produk baharu dilengkapi teknologi AI untuk pengalaman lebih baik, sekali gus memberikan kepuasan hiburan luar biasa.

image is not available

“Samsung turut menawarkan teknologi audio terkini dalam industri bagi melengkapkan kecanggihan visual TV Samsung,” katanya.

Samsung turut tampil dengan dua lagi inovasi bergaya untuk memenuhi gaya hidup moden masa kini. Berikut perincian serba ringkas:

image is not available

Neo QLED 8K, Neo QLED 4K dan TV OLED:

  • Neo QLED 8K dengan kualiti gambar realisitik, teknologi audio premium dan enjin pemproses NQ8 AI Gen3 yang inovatif.
  • Enjin yang digandingkan dengan peranti Neural Processing Unit (NPU) mempunyai kelajuan dua kali ganda dan peningkatan lapan kali ganda iaitu daripada 64 kepada 512.

image is not available

  • Memperkenalkan Motion Enhancer Pro dan Real Depth Enhancer Pro untuk standard baharu pengalaman visual.
  • Dibantu teknologi Active Voice Amplifier (AVA) Pro Function yang bertindak sebagai ciri tambahan untuk meningkatkan kualiti audio bagi dialog.
  • Mod AI Energy pintar menjimatkan tenaga dan dipantau binaan dalaman Hub IoT, SmartThings.

image is not available

Q-series soundbar, HW-Q990D:

  • Tampil dengan ciri Q-Symphony yang ditambah baik dengan ciri audio AI yang dipertingkatkan bersama pilihan sambungan.
  • Gandingan SpaceFit Sound Pro untuk penentukuran audio tersuai, bar bunyi juga memastikan pengalaman yang mengasyikkan dalam mana-mana ruang.

 

  • Siaran masuk HDMI 2.1 dan 4K/120Hz menyediakan pilihan sambungan yang memenuhi permintaan sistem hiburan rumah moden.
  • Harga jualan bermula RM2,599.

image is not available

Bottom Mount Feezer:

  • Lengkap dengan pembahagi air sejuk dibina di dalam dengan pilihan plastik bebas BPA.
  • Ciri pintu berbalik (reversible) menjadikan setiap desain lebih istimewa buat pemiliknya.
  • Tampil dengan teknologi SpaceMax dan SmartThings untuk kecekapan penggunaan elektrik.
  • Harga jualan bermula RM4,099.

Untuk informasi lanjut, layari https://www.samsung.com/my/.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee