Inovasi paling trending musim wabak Covid-19, kenali 4 gajet kesihatan stailo, berteknologi tinggi

LocalHealth & Fitness
22 Nov 2022 • 10:00 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available
gajet covid-19

HAKIKATNYA, kita masih menghadapi wabak Covid-19 yang sehingga kini bukan sahaja masih melanda di negara ini, bahkan di seluruh dunia.

Setakat artikel ini ditulis, Malaysia sudah merekodkan sebanyak 2,450 kes baharu.

Secara keseluruhan, sebanyak 4.9 juta kes dengan 36,583 kematian dicatatkan untuk tempoh 3 hingga 18 November lalu.

Sementara di peringkat global, sekitar 633,601,048 juta kes dengan 6,596,542 kematian direkodkan setakat 18 November lalu, lapor Pertubuhan Kesihatan Dunia.

image is not available
KREDIT foto: Pexels

Melihat perkembangan membimbangkan itu, ramai pembekal perubatan dan kesihatan berlumba-lumba menghasilkan peranti berteknologi tinggi untuk kegunaan orang ramai khususnya membendung wabak korona menular dengan lebih ganas.

Laman web weobserved.com baru-baru ini menyenaraikan gajet mudah alih yang boleh digunakan ketika musim Covid-19 sama ada daripada alat penganalisis pernafasan sehinggalah kepada topeng pintar.

SinarPlus difahamkan, antara gajet tersebut masih menunggu kelulusan Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika Syarikat dan ada sesetengahnya sudah terjual secara online.

Berikut perincian lanjut setiap daripadanya:

image is not available

1. ViraWarn Freedom

Syarikat perubatan yang berpangkalan di Baltimore, Amerika Syarikat berjaya mencipta alat penganalisis pernafasan mudah alih, ViraWarn Freedom yang mampu mengesan virus Covid-19 dalam tempoh lima saat.

Dikatakan mampu menguji ketepatan hampir 100 peratus, pesakit hanya perlu meniup ke arah peranti sebelum isyarat hijau atau merah dinyalakan. Hijau bermakna keputusan ujian negatif, manakala merah sebaliknya.

image is not available

Peranti yang bersaiz kecil dan mudah dibawa ke mana-mana itu juga boleh digunakan hingga 200 ujian Covid-19 dengan katrij ujian disediakan secara berasingan.

Harga masih belum dapat dipastikan lagi dan katanya masih menunggu kelulusan FDA.

2. Cincin pintar Movano

Cincin pintar Movavo antara teknologi inovasi terbaharu diperkenalkan oleh syarikat penjagaan kesihatan, Movano.

image is not available

Ia dicipta khas untuk golongan wanita.

Aksesori berkenaan lengkap dengan ciri pengukur kadar dengupan jantung, Sp02, ritma tidur, suhu dan kalori.

Cincin pintar yang penting untuk mengukur tahap oksigen dalam badan itu juga berfungsi mengesan paras gula dan tekanan darah khususnya penghidap diabetes dan pesakit jantung.

image is not available

Harga ditawarkan bermula RM1,374 dan pembelian boleh dibuat di https://movanohealth.com/.

3. Topeng pintar Razer Zephyr

Satu lagi inovasi topeng muka pintar yang dibangunkan Razer Zephyr, sebuah syarikat teknologi Singapura-Amerika Syarikat.

image is not available

Alatan itu dijual pada harga bermula RM731 (pembelian secara online).

Kekal selamat dengan perlindungan pelitup muka stailo yang dilengkapi dengan ciri dwi penapisan N95, kipas penyejuk pada kelajuan 6,200 RPM, pembesar suara dan lampu RGB.

Menariknya, inovasi berkenaan menpunyai desain futuristik selain lengkap port pengecasan pantas dengan sistem pensterilan UV. Memang mantap!

image is not available

4. Alat imbasan Withings

Rupanya tidak jauh beza dengan perkakas penimbang berat, namun fungsi alat imbasan Withings lebih daripada itu.

Hanya pijak pada mesin tersebut, ukuran berat badan, komposisi jisim otot, kesihatan jantung dan umur vaskular boleh diimbas sekelip mata.

image is not available

Teknologi eksklusif yang dipertingkatkan itu juga boleh menilai aktiviti elektrodermal dengan imbasan pada tubuh, lengan dan kaki untuk gambaran kesihatan lebih tepat.

Harga bermula RM1,373 dan pembelian boleh dibuat di https://www.withings.com.

Menarik dan memang tertarik. Perkakas berinovasi yang diperkenalkan itu semua memang berguna pada era Covid-19 yang masih belum nampak penamatnya.

image is not available
KREDIT foto: Pexels

Apa pun, kita semua perlu menjaga kesihatan masing-masing dan mengamalkan prosedur operasi standard yang ditetapkan.

Jangan lupa pakai topeng pelitup muka, kerap membersihkan tangan dan jaga penjarakkan sosial.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi