Inovasi terbesar dalam sejarah penjagaan mulut, berus gigi elektrik Oral-B iO kini di Watsons!

BeautyDesign
5 Jun 2024 • 8:52 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Jenama produk penjagaan mulut, Oral-B memperkenalkan sebuah lagi inovasi berus gigi elektrik pintar Oral-B iO yang membersihkan dari luar dan dalam.

Tampil dengan reka bentuk menarik, ia kini boleh didapati rangkaian Watsons Malaysia yang pasti menjadi pengalaman unggul bagi pembersihan mulut profesional pada setiap hari.

Perkenalkan berus gigi elektrik Oral-B iO!

image is not available

Produk itu adalah hasil penyelidikan selama enam tahun oleh pakar pergigian bagi memastikan orang ramai mendapat kesihatan mulut terbaik yang bermula dari rumah dengan memberikan keseimbangan antara keberkesanan serta pengalaman membersih.

Ia menawarkan lima gabungan unik dengan ciri -ciri inovatif untuk memberikan kesihatan mulut yang unggul antaranya adalah:

image is not available

Reka bentuk kepala berus dengan pembersihan hebat

Mengekalkan kepala berus bulat rekaan khas Oral-B, gabungan pergerakan berayun dan berputar dengan getaran mikro untuk memastikan penjagaan kebersihan yang mencapai di setiap ruang.

Sensor tekanan pintar

Inovasi yang pertama seumpamanya diperkenalkan untuk memberikan maklum balas positif, mengenal pasti dan membimbing pengguna untuk memberus dalam julat tekanan yang optimum.

image is not available

Mod memberus ikut kesesuaian

Berus Oral-B IO mempunyai lima mod memberus untuk pengalaman yang sangat diperibadikan termasuk pembersihan harian, ketegangan, sensitif, super sensitif, pemutihan.

‘Track’ guna aplikasi Oral-B

Dengan bimbingan mengikut waktu yang tepat, selain pengesanan gigi 3D selama sesi dua minit bagi memastikan pembersihan terbaik setiap kali memberus.

image is not available

Pemacu magnet linear

Membolehkan tenaga dihantar dengan lancar ke hujung bulu yang mewujudkan getaran mikro dan apabila digabungkan dengan putaran ayunan menjadikan pembersihan lebih lancar serta teliti.

image is not available

Sementara itu, orang ramai boleh meraikan pelancaran Oral-B iO dengan berkunjung ke Sunway Pyramid dari 3 hingga 9 Jun ini sekali gus boleh mendapatkan promosi serta hadiah eksklusif bersama Watsons.

Dapatkan siri Oral-B IO melalui pembelian di rangkaian Watsons yang terpilih ataupun secara dalam talian dengan harga bermula RM 1,300, atau layari OralB.IO untuk maklumat lanjut mengenai Oral-B IO.

View Original Article