Insentif Cukai EV Tamat Tahun Ini? Honda Malaysia Harap Insentif Cukai Dilanjutkan Lagi

LocalCars
15 May 2025 • 7:15 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Nampaknya, masa depan kenderaan elektrik (EV) di Malaysia masih samar memandankan insentif cukai bagi EV import sepenuhnya (CBU) dijadualkan tamat pada hujung tahun ini.

Sebaliknya, pengecualian untuk EV pemasangan tempatan (CKD) masih diteruskan hingga 2027.

Untuk itu, Presiden dan Ketua Pegawai Operasi Honda Malaysia Sarly Adle Sarkum berkata, pihaknya berharap kerajaan akan terus melanjutkan lagi insentif, termasuk pengecualian cukai untuk EV yang dipasang secara tempatan (CKD) selepas 2027.

image is not available

Cadangan itu sebenarnya bertujuan untuk menyokong sasaran negara bagi menjadikan EV menyumbang 15 peratus daripada jumlah jualan kenderaan di negara ini menjelang 2030.

"Jika program CKD bermula pada 2027, pengeluar akan memerlukan sekurang-kurangnya lima tahun selepas itu untuk mendapatkan semula pelaburan mereka. Insentif adalah penting bukan sahaja untuk Honda, tetapi untuk seluruh industri automotif.

"Inilah pentingnya sokongan kerajaan kerana tanpa kesinambungan insentif, ia akan menjadi cabaran bagi Honda untuk memulakan program CKD," katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan BEV pertama mereka, Honda e:N1 di pasaran tempatan.

View Original Article