Insentif Postpaid RAHMAH: Rebat RM10 untuk penjawat awam untuk pelan pascabayar

7 Aug 2023 • 5:05 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Bersama-sama dengan Pakej 5G RAHMAH, YB Fahmi Fadzil juga mengumumkan Insentif Postpaid RAHMAH khas untuk penjawat awam. Beliau tidak pula menyatakan penjawat awam yang mana layak, bermakna pegawai-pegawai tinggi turut boleh menikmati manfaat yang serupa.

image is not available

Insentif Postpaid RAHMAH memberikan rebat sebanyak RM10 ke atas langganan pascabayar sedia ada. Hal ini bermakna, penjawat awam berpeluang mendapat manfaat penjimatan pakej postpaid sebanyak RM120/tahun bermula 31 Ogos 2023.

Tidaklah diketahui sampai bilakah insentif ini akan berlangsung dan yang lebih penting, berapakah yang dibelanjakan untuk merealisasikan rebat ini kerana sudah tentu telco tidak mahu kerugian.

Tiada statistik khusus tentang bilangan penjawat awam yang boleh diskestrak daripada Jabatan Perangkaan Negara. Walau bagaimanapun, menurut Presiden kongress Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Adnan Mat berkata, Malaysia memiliki krai-kira 1.6 juta penjawat awam.

Sekiranya separuh daripadanya melanggan sekurang-kurangnya satu pelan pascabayar, ia melibatkan kos sebanyak RM8 juta/bulan ataupun RM96 juta/tahun.