Insentif RM2,000 bagi penjawat awam akan disalur 23 Februari ini – PM

LocalPolitics
6 Feb 2024 • 5:11 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) sebanyak RM2,000 kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak akan disalur pada 23 Februari ini.

Pengumuman itu dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika menyampaikan amanat pada majlis perhimpunan bulanan warga Kementerian Kewangan di Putrajaya, hari ini.

image is not available

“Turut disalurkan RM1,000 kepada semua Jawatan Utama Sektor Awam selain RM1,000 dipanjangkan kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen dan veteran tidak berpencen,” katanya.

image is not available

Akan disalur 23 Februari ini

Anwar berkata, ia sekali gus bagi meringankan beban persediaan persekolahan anak-anak serta persiapan menjelang Ramadan dan Syawal.

image is not available

Terdahulu, kerajaan bersetuju bagi memberi bayaran awal sebanyak RM2,000 kepada semua gred 56 dan ke bawah.

image is not available

Perkara tersebut diumumkan Anwar yang juga Menteri Kewangan sewaktu pembentangan Belanjawan 2024 pada 13 Oktober tahun lalu.