Insentif RM2,000 iktiraf khidmat penjawat awam - PM Anwar

16 Oct 2023 • 12:41 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Insentif RM2,000 iktiraf khidmat penjawat awam - PM Anwar

zulfadli

16/10/2023 - 12:41

PUTRAJAYA 16 Okt - Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam sebanyak RM2,000 seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2024 baru-baru ini, merupakan pengiktirafan terhadap khidmat penjawat awam sementara menunggu Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) siap, jelas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, insentif itu ialah isyarat bahawa kerajaan memberi perhatian serius terhadap kadar upah seramai 1.6 juta penjawat awam di negara ini.

"Tidak munasabah untuk harapkan prestasi meningkat, produktiviti tinggi, tetapi kadar upah tidak meningkat.

"Kalau kita tengok kajian DOSM (Jabatan Perangkaan), tahap produktiviti ada peningkatan, tetapi kadar upah peningkatannya sederhana. Jadi ia tidak berikan suatu galakan," katanya pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri bagi bulan Oktober di sini hari ini.

Anwar berharap langkah sama turut dilaksanakan oleh majikan sektor swasta dengan mengambil kira faktor ekonomi semasa, lapor Harapan Madani.

image is not available
Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra dengan penjawat awam selepas Majlis Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya pada 16 Oktober 2023. - Gambar Facebook Anwar Ibrahim

image is not available

Pada pembentangan Belanjawan 2024 Malaysia MADANI, bayaran itu akan dikreditkan pada Februari depan menjelang sesi persekolahan 2024/2025 dan sebagai persediaan menyambut Ramadan dijangka pada 11 Mac. - DagangNews.com