
Sedia maklum, beberapa hari lalu, hubungan di antara Zarina Anjoulie dan Datuk Seri Elzey sudah pun berakhir setelah masing-masing membuat pendedahan di media sosial.
Dalam pada itu, Zarina Anjoulie atau mesra dipanggil sebagai Anju sempat memohon maaf kepada semua pihak dan meminta ruang untuk dirinya sembuh dari perasaan kecewa ketika ini.
View this post on Instagram
Terbaharu, pelakon wanita tersebut ada berkongsikan screenshot perbualannya bersama selebriti lelaki, Zoey Rahman yang memberikan kata-kata semangat untuknya mengharungi dugaan ketika ini.
Melalui perkongsiaan yang sama, Anju telah membalas mesej Zoey dengan mengucapkan terima kasih kerana masih mengingatinya.

Sumber : xtra
Walau bagaimanapun, Anju telah memadam hantaran tersebut setelah beberapa jam memuat naik IG Story terbabit.
Sekadar info, Zarina Anjoulie dan Datuk Seri Elzey selamat menjalinkan tali pertunangan bersama dua minggu yang lalu setelah sering kali berkongsikan momen-momen mesra di media sosial.
Zarina Anjoulie Selamat Bertunang Dengan Kekasih - "Akhirnya Awak Hampir Menjadi Milik Saya"
The post “Inshallah 1 Day You Dapat Cari Lebih Baik” – Zarina Anjoulie Terharu Zoey Rahman Hantar Mesej Sokongan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

