Inside Out 2 Bakal Tiba Di Pawagam, Bawa Penceritaan ‘Emosi’ Yang Dekat Dengan Penonton

Movie
11 Jun 2024 • 5:45 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Filem Inside Out 2 bakal tiba menemui penonton di pawagam minggu ini sekali gus mendapat reaksi peminat sekuel Pixar yang telah lama ditunggu-tunggu.

Memetik artikel Digital Spy, sekuel filem 2015 yang sangat berjaya itu bakal menyaksikan Riley yang berusia 13 tahun, membawa beberapa emosi baharu ke dalam fikirannya dalam bentuk Anxiety (Maya Hawke), Envy (Ayo Edebiri), Ennui (Adèle Exarchopoulos) dan Emberassement (Paul Walter Hauser).

image is not available

Foto: Digital Spy

Menjelang tayangannya, Inside Out 2 dikatakan lebih pendek sedikit daripada filem pertama, mencatatkan masa 96 minit berbanding dengan masa tayangan Inside Out selama 100 minit.

Penonton UK juga akan melihat perbezaan dengan sekuel itu kerana Sam Thompson mempunyai cameo suara UK sebagai Security Man Sam.

image is not available

Foto: Digital Spy

Filem ini mengisahkan Joy, Sadness, Anger, Fear dan Disgust menghadapi perubahan yang lebih besar apabila Riley menjadi seorang remaja dan mengalami lebih banyak emosi daripada sebelumnya.

Bagi kanak-kanak, sekuel itu akan berfungsi sebagai pratonton tahun remaja mereka, manakala ia akan membawa orang dewasa kembali ke tempoh masa itu dalam hidup mereka.

Untuk rekod, The National Board of Review and the American Film Institute menamakan Inside Out sebagai salah satu daripada sepuluh filem terbaik pada tahun 2015.

Ia mengutip $858.8 juta di seluruh dunia, menamatkan tayangan sebagai filem ketujuh dengan kutipan tertinggi pada 2015.

Sumber: Digital Spy