Inside Scoop Kembali Dengan Edisi Deepavali Delights, Siap Perkenal Kek Aiskrim Perisa Gulab Jamun!

LocalFood
28 Oct 2026 • 5:44 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Bersempena perayaan Deepavali tahun ini, rangkaian kedai ais krim premium tempatan, Inside Scoop membawa kembali aiskrim edisi Deepavali Delights yang terkenal dengan perisa unik iaitu Pistachio Kulfi, Mango Lassi dan juga Masala Chai.

Apa yang lebih menarik, anda boleh mendapatkan Matka Pot Set yang mengandungi ketiga-tiga perisa aiskrim tersebut pada harga RM50 sahaja.

Uniknya, setiap aiskrim dihidangkan dalam bekas matka buatan tangan tersendiri, ditaburi potongan kecil kacang pistachio dan dibungkus dalam kotak cantik serta berwarna-warni.

Nak jadikan sebagai hadiah atau cenderamata ketika melawat keluarga dan kenalan rapat semasa pesta cahaya ini berlangsung pun sesuai.

Sebagai info, ketiga-tiga perisa tersebut telah diperkenalkan pada Deepavali tahun lalu dan rata-rata orang ramai yang mencubanya memberikan reviu yang baik.

Inside Scoop Turut Perkenal Gulab Jamun Ice Cream Cake Khas Untuk Deepavali 2026

Selain tiga aiskrim yang diilhamkan makanan dan minuman kegemaran masyarakat India, Inside Scoop kali ini turut memperkenalkan kek aiskrim perisa Gulab Jamun.

Ya, pencuci mulut dan manisan yang anda selalu rasa setiap kali di rumah terbuka Deepavali tu. Harga bagi sebiji kek adalah RM128 dan boleh dipotong hingga 10 bahagian.

Kek aiskrim ini mengandungi:

  • Cebisan kacang pistachio
  • Gulab Jamun yang dihiasi atas kek
  • Lapisan aiskrim vanila
  • Lapisan aiskrim Pistachio Kulfi
  • White Chocolate Cinnamon Crumble

Untuk vegetarian, jangan risau kerana ketiga-tiga perisa aiskrim termasuk kek aiskrim Gulab Jamun tidak mempunyai kandungan telur.

View on Threads

Cara Penyediaan Gulab Jamun Ice Cream Cake

Buat anda yang tertanya-tanya, Inside Scoop menerusi satu hantaran di laman Threads sebelum ini ada berkongsi cara penyediaan kek aiskrim Gulab Jamun itu.

View on Threads

Netizen Teruja Dengan Mangkuk Ceramic Mini Bagi Matka Pot Set

Menerusi semakan kami, meskipun baru dua hari buat comeback, ramai telah membeli dan mencuba menu-menu khas Deepavali Delights ini.

“Korang dah beli ke perisa aiskrim istimewa Inside Scoop sempena Deepavali ni? Ceramic tu depa import dari India. Tahun lepas bukan main awal habis jadi tahun ni kita rembat dulu siap-siap,” kata seorang lelaki.

View on Threads
View on Threads

Sementara itu, ramai juga dilihat memberi maklum balas dan reviu baik tentang aiskrim Masala Chai.

“Eh, Masala Chai dijadikan perisa aiskrim?! Inside Scoop memang tampil dengan sesuatu yang berbeza sempena Deepavali kali ni! Rasanya unik sebab setiap suapan beri gabungan rasa yang berbeza dan korang boleh betul-betul menikmati setiap perisa tu,” kata seorang wanita.

Dalam masa sama, ramai juga menggemari rasa lemak dan seperti yogurt, aiskrim Mango Lassi.

View on Threads
View on Threads
View on Threads

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved