
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Semalam (19 Jun), kecoh di media sosial kejadian seorang bayi lelaki berusia 3 bulan, Muhammad Nur Daniel Nurul Efendy yang maut dipercayai lemas selepas tertindih lengan bapanya, Nurul Efendy Ibrahim yang ditemui sudah tidak bernyawa akibat serangan jantung.
Insiden menyayat hati itu disedari oleh ibu bayi berkenaan, Azura Abdul Malik yang juga isteri kepada Nurul Efendy Ibrahim kira-kira jam 9.30 pagi.
Ketika kejadian, Azura dikatakan pulang ke rumah dari tempat kerja bagi membawa anak bongsu dari tiga beradik itu mendapat suntikan di klinik kesihatan sebelum menemui kedua-dua beranak berkenaan.
Baca Artikel Berkaitan: Bayi 3 Bulan Maut Tertindih Bapa Yang Sudah Tidak Bernyawa Akibat Serangan Jantung
Ada Segelintir Warganet Pertikai Tindakan Azura Balik Ke Rumah
Sudahlah kehilangan dua insan tersayang, ada pula segelintir warganet yang didakwa mempersoal tindakan Azura yang pulang ke rumah dari tempat kerjanya di Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

Malah, ada netizen yang merasakan apa yang berlaku tidak penting.
“Cuma masalah sepele (tidak penting) ikhlaskan sahaja,” kata seorang netizen yang menurut pengguna TikTok lain berasal dari Indonesia.

Ia berikutan kenyataan yang dibuat oleh adik ipar Azura, Masturadiana Ibrahim yang menceritakan detik kronologi kejadian tersebut dalam video yang dikongsikan Malaysia Gazette di TikTok.
Dalam kenyataan itu, Azura yang berusia 37 tahun didakwa baru pulang ke rumah selepas memasukkan kad perakam waktu kerja sebagai bukti kehadirannya ke pejabat.
Ada Maklumkan Kepada Pegawai Tentang Mahu Bawa Anak Pergi Klinik
Terbaharu, Azura yang bekerja sebagai pembantu tadbir mendedahkan dia ada memaklumkan kepada pegawainya untuk membawa anak bongsunya itu mendapat suntikan di klinik kesihatan.
Malah, dia juga berniat untuk memberi surat time slip yang dikeluarkan oleh klinik sebagai bukti.
Namun, hasratnya tidak kesampaian apabila menemui dua beranak dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Jelas Azura, dia terkilan dengan dakwaan segelintir pengguna media sosial yang menyatakan seolah-olah dia tidak jujur dalam melaksanakan tugas.
“Saya dah maklumkan kepada pegawai saya yang saya nak bawa anak ke klinik, malah dalam buku biru arwah anak pun ada dicatatkan untuk pemeriksaan susulan dan mendapatkan suntikan tiga bulan semalam,” katanya yang dipetik dari Sinar Harian.
Bayi Maut Akibat Kecederaan Pada Paru-Paru, Si Bapa Kerana Serangan Jantung
Dalam pada itu, hasil bedah siasat terhadap Muhammad Nur Daniel mendapati bayi berkenaan mengalami kecederaan pada bahagian paru-paru.
Menurut Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, kecederaan itu mungkin disebabkan keadaan tertindih yang menyukarkan mangsa untuk bernafas.
“Hasil bedah siasat yang dijalankan oleh Dr Muhammad Khairul Afizal mendapati kes diklasifikasikan sebagai pending laboratory investigation dan beberapa sampel telah diambil untuk ujian toksikologi ke Jabatan Kimia Melaka,”katanya.
Manakala, keputusan bedah siasat terhadap Nurul Efendy Ibrahim pula mendapati terdapat satu sumbatan dan dua injap jantung tertutup serta tiada kecederaan lain yang ditemui.
“Hasil bedah siasat diklasifikasikan sebagai Ischemic Heart Disease atau penyakit serangan jantung,” jelasnya.
Baca Artikel Berkaitan:
Source:



