

Gara-gara elak kon, dua orang maut. Itu kejadian yang berlaku di persimpangan lampu isyarat berhampiran Kampung Gelam, Port Dickson, pagi tadi.
Dalam kejadian jam 1.45 pagi itu, pemandu kereta berusia 24 tahun dan seorang gadis berusia 18 tahun maut serta merta di lokasi kejadian.
Empat lagi remaja berusia 16 tahun hingga 19 tahun yang menaiki kereta sama bagaimanapun hanya mengalami kecederaan ringan.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, pemandu kereta dan seorang gadis penuntut kolej itu maut di tempat kejadian akibat kecederaan di beberapa anggota badan namun semua penumpang lain hanya cedera ringan
“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila pemandu kereta cuba mengelak kon sebelum terbabas.
"Akibatnya kereta dinaiki mangsa merempuh jengkaut yang sedang menggali lubang untuk pemasangan kabel bawah tanah,” katanya.




