Insiden Jenayah Terhadap Akhyar Rashid Dan Faisal Halim Tidak Berkait

6 May 2024 • 8:19 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Faisal Halim Akhyar Rashid

Selepas isu pemain bola sepak, Akhyar Rashid disamun, kini Faisal Halim pula menjadi sasaran khianat oleh individu yang hendak hancurkan karier bola sepaknya. 

Terbaru! Menurut laporan Harian Metro, apa yang berlaku terhadap dua pemain bola sepak kebangsaan itu dipercayai tidak berkait.

Polis juga kini memberi tumpuan kepada kenyataan Akhyar dan Faisal bagi mengenal pasti motif kejadian itu dan perkara ini dikatakan sendiri Sumber Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Kenyataan kedua-dua mangsa itu amat diperlukan dan penting bagi membantu siasatan polis.

Siasatan masih di peringkat awal dan usaha pada masa ini adalah lebih kepada mencari motif serta pelaku kes berkenaan.

Orang ramai diluar sana juga diminta untuk tidak membuat sebarang spekulasi mengenai apa yang terjadi terhadap mereka berdua.

Tindakan menyebarkan sebarang maklumat yang tidak tepat boleh mengganggu siasatan.

Apapun, semoga pelaku terhadap kedua-kedua mangsa itu dapat ditahan dengan segera dan dikenakan hukuman yang setimpal.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved