Insiden Khianat Api Di Rumah Ngeh: Polis Telah Rakam Keterangan Tujuh Saksi

11 Jan 2024 • 12:54 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Insiden Khianat Api Di Rumah Ngeh: Polis Telah Rakam Keterangan Tujuh Saksi

IPOH, 11 Jan (Bernama) — Polis telah mendapatkan keterangan dari tujuh individu berhubung kes khianat api di kediaman Ahli Parlimen Beruas Datuk Ngeh Koo Ham di Taman Semarak Jaya, Ayer Tawar, awal pagi semalam.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata tiada tangkapan dibuat setakat ini.

“Polis juga memantau dan meningkatkan rondaan di kawasan kediaman Ahli Parlimen itu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam kejadian awal pagi semalam, rumah Ngeh dipercayai dilontar dengan ‘molotov cocktail’ menyebabkan kebakaran yang memusnahkan sebuah kereta miliknya, manakala dua kenderaan lagi mengalami kerosakan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan (khianat dengan api).

Sumber: Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved