
PETALING JAYA: Polis akan menyerahkan kertas siasatan berhubung kes kekecohan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) membabitkan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Tiong King Sing kepada Jabatan Peguam Negara dalam masa terdekat.
Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan berkata, kertas siasatan telah lengkap.
“Kita akan serahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) dalam masa terdekat ini untuk tindakan lanjut.
“Kes diklasifikasikan bawah Seksyen 188 Kanun Keseksaan kerana tidak memberi kerjasama kepada penjawat awam,” katanya, lapor Utusan Malaysia.
SPONSORED CONTENT A&W poised for rapid growth in Sabah Kota Kinabalu: A&W is geared to become the leading Quick Service Restaurant (QSR) chain in Sabah, with its strong re-entry into Sabah with the opening of the first outlet in Inanam in November 2022. Read more Dilaporkan pada 2 Julai bahawa polis telah membuka kertas enkuiri polis (KEP) untuk menentukan sama ada wujud sebarang kesalahan oleh mana-mana pihak terbabit dalam kejadian itu.
Polis juga merakam percakapan 22 saksi, terdiri daripada empat pengadu, 12 pegawai imigresen, empat pegawai polis bantuan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dan pekerja syarikat ejen pelancongan.
Dalam kejadian bulan lepas itu, Tiong dikatakan mencetuskan kekecohan di KLIA bagi membantu seorang warga China yang ditahan daripada memasuki Malaysia.
Menteri itu juga dilaporkan memarahi polis bantuan KLIA dan pegawai imigresen ketika beliau cuba membantu wanita terbabit.
Beliau mendakwa wujud budaya rasuah membabitkan segelintir pegawai dan penyalahgunaan kuasa “kronik” di pintu masuk negara.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

