Insiden pukul OKU: Pihak berkuasa perlu bertindak tegas terhadap pelaku

LocalPolitics
19 Jan 2025 • 6:10 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Ahmad Fahmi

SHAH ALAM - Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas terhadap pelaku yang terlibat dalam insiden pukul individu orang kurang upaya (OKU) serta mempergiatkan lagi kempen kesedaran bagi melindungi golongan istimewa tersebut.

Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Ahmad Fahmi Mohd Samsudin berkata, setiap manusia termasuk OKU berhak dilindungi maruah dan fizikal daripada tindakan yang boleh mengaibkan dan menjejaskan nyawa mereka.

“ABIM dengan tegasnya mengecam tindakan kejam dan tidak berperikemanusiaan terhadap seorang lelaki OKU di Kemaman seperti yang tular baru-baru ini.

“Semua pihak diingatkan untuk menjaga dan melindungi hak OKU sebagai tanggungjawab bersama selaras dengan tuntutan agama dan nilai kemanusiaan sejagat,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Pada Jumaat, tular satu video memaparkan kejadian seorang lelaki dipukul sehingga mangsa mengalami kecederaan di pasar tani Padang Astaka Chukai, Kemaman.

Mangsa yang merupakan OKU kategori ketidakupayaan mental dilaporkan terlanggar salah sebuah gerai jualan sehingga menyebabkan beberapa individu lain bertindak memukulnya.

Justeru, Ahmad Fahmi mengingatkan, masyarakat Malaysia seharusnya memupuk sikap kasih sayang serta mempunyai nilai keprihatinan yang tinggi antara satu sama lain selaras dengan nilai ihsan dalam gagasan Malaysia Madani.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved