Insiden Putra Heights: Selangor tawar lebih 100 rumah sementara kepada mangsa

4 Apr 2025 • 1:25 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Kerajaan negeri Selangor tawar lebih 100 rumah sementara menerusi skim SMART Sewa Selangor kepada keluarga mangsa insiden letupan paip gas bawah tanah di Putra Heights, di sini.

Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, kerajaan negeri akan menanggung sebahagian kadar sewaan bagi meringankan beban mangsa.

image is not available

Bagaimanapun, lokasinya kediaman sementara itu masih dalam proses untuk dikenal pasti.

“Fokus utama kami sekarang adalah mencari penempatan yang lebih selesa berbanding pusat pemindahan sementara (PPS), kerana ia hanya bersifat sementara.
“Kami akan berbincang dengan pihak-pihak berkaitan termasuk sektor swasta dan hotel bagi menempatkan mangsa secara lebih tersusun dan selesa,” katanya selepas hadir menyerahkan kereta Chery kepada mangsa yang terlibat hari ini.

image is not available

Selangor tawar lebih 100 rumah sementara

Beliau memaklumkan bahawa proses pemulihan kawasan kediaman asal mangsa dijangka mengambil masa, dan perbincangan lanjut akan diadakan bersama Petronas serta agensi-agensi berkaitan.

Menurutnya, proses ini sedang dipercepatkan dan kerajaan negeri berharap dapat menempatkan mangsa sebelum sesi persekolahan bermula.

image is not available

Matlamat utama adalah untuk memastikan setiap mangsa mempunyai tempat tinggal yang lebih selesa dalam masa terdekat.

Sumber: Buletin TV3