Insiden Rempuhan Bola Sepak, Polis Jumpa 46 Botol Minuman Keras Di Stadium Kanjuruhan

10 Oct 2022 • 5:06 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kelemahan pihak penganjur

Insiden Rempuhan Bola Sepak, Polis Jumpa 46 Botol Minuman Keras Di Stadium Kanjuruhan. Lapor media, selepas berlaku insiden rempuhan yang telah meragut 131 nyawa tempoh hari, Polis Republik Indonesia menemui 46 botol minuman keras di luar dan sekitar Stadium Kanjuruhan.

Ketua Bahagian Perhubungan Awam, Inspektor Jeneral Dedi Prasetyo berkata, sebanyak 46 botol minuman keras bersaiz 550 mililiter ditemui di sekitar stadium tersebut.

Sebanyak 11 botol minuman keras disiasat oleh pasukan makmal forensik sebagai sebagian daripada proses siasatan berhubung insiden yang berlaku itu.

image is not available
Insiden Rempuhan Bola Sepak, Polis Jumpa 46 Botol Minuman Keras Di Stadium Kanjuruhan

Pihak penganjur gagal periksa kemasukan barang terlarang

Difahamkan Ketua Panitia Disiplin Persatuan Bola Sepak Seluruh Indonesia (PSSI), Erwin Tobing juga turut memaklumkan tentang penemuan botol minuman keras di Stadium Kanjuruhan.

Pihaknya menemui banyak minuman keras yang masih berisi penuh di dalam botol plastik dan sebanyak 42 botol tersebut masih belum diminum.

Sepatutnya minuman keras dilarang sama sekali untuk dibawa masuk ke dalam stadium dan ini menunjukkan kelemahan pihak penganjur yang sepatutnya bertanggungjawab dan setiap beg penonton perlu diperiksa sebelum memasuki stadium tersebut.

image is not available
Keadaan Stadium Kanjuruhan. Kredit foto: Kompas

Lagi cerita menarik di sini: