Insiden Rusuhan Penyokong Indonesia: Angka Kematian Terus Meningkat, 127 Orang Dilapor Terkorban Setakat Ini

2 Oct 2022 • 9:33 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Insiden Rusuhan Penyokong Indonesia: Angka Kematian Terus Meningkat, 127 Orang Dilapor Terkorban Setakat Ini

Seramai 127 orang dilaporkan terbunuh manakala 180 orang lagi sedang menerima rawatan di hospital dalam satu insiden rusuhan di Stadium Kanjuruhan, Solo, Indonesia, malam tadi.

Memetik laporan Detik.com, Ketua Polis Jawa Timur di Ibu Pejabat Polis (IPD) Malang, Inspektor Jeneral Nico Afinta berkata kejadian itu berlaku sewaktu perlawanan melibatkan Arema Football Club (FC) menentang Persebaya.

“127 orang meninggal dunia, termasuk dua pegawai polis,” katanya.

image is not available
Gambar: Bola Okezone

Hasil siasatan mendapati kejadian itu berlaku setelah penonton mula memasuki ruang padang dan bertindak mengejar pemain sewaktu mahu memasuki ruang ganti.

Tambah Nico, seramai 34 orang meninggal dunia ketika berada di dalam stadium sementara selebihnya disahkan meninggal dunia sewaktu menerima rawatan di hospital.

image is not available
Gambar: Detik.com

“Seramai 34 orang meninggal dunia di dalam stadium manakala lain-lain disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan,” jelas Nico.

Dalam perlawanan bola sepak di stadium tersebut, pasukan Arema FC yang merupakan tuan rumah tewas 2-3 kepada pasukan pelawat selepas pengadil meniupkan wisel penamat.

Menurut Kompas TV, angka kematian meningkat kepada 129 orang selepas dua mangsa lagi dilaporkan meninggal dunia.

Sumber: Detik.com