Insiden Sagat Kereta, Pemandu Treler Tampil Jelaskan Kejadian Sebenar

LocalCars
31 Dec 2025 • 2:10 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Sebuah insiden melibatkan treler yang melanggar sebuah kereta di kawasan Rehat dan Rawat Ayer Keroh baru-baru ini menjadi tular, menimbulkan pelbagai spekulasi dan pandangan dalam kalangan orang ramai.

Kejadian itu dikatakan berlaku apabila kereta tersebut dipercayai menghalang laluan treler, menyebabkan kesesakan bagi kenderaan lain termasuk bas dan kereta persendirian.

image is not available

Menerusi video yang dimuat naik di Instagram Utusan Malaysia, pemilik lori, Wan, tampil menjelaskan situasi sebenar.

“Sebelum kami buat live, kami sudah menunggu pemilik kereta hampir satu jam lebih, tetapi masih tiada bayangan.” katanya.

Artikel lain: Polis Jalankan Siasatan Susulan Treler Disyaki Seret Beberapa Kenderaan Di R&R Ayer Keroh

Wan menambah dia tidak kisah menunggu lama, namun keadaan menjadi semakin sukar apabila jumlah kenderaan yang berada di belakangnya terus bertambah.

image is not available

“Pemilik kereta tu sendiri yang salah sebab parking dekat tempat yang memang sepatutnya tak dibenarkan. Kalau kita sorang takpa juga, ni melibatkan orang lain. Kita fikir orang tua dalam bas, kanak-kanak nak turun lagi,” jelasnya.

Beliau turut menegaskan bahawa tindakan beliau bergerak disebabkan orang ramai di belakang sudah tidak sabar menunggu.

“Kami bergerak sebab orang ramai di belakang sudah bising akibat terlalu lama menunggu,” tambahnya.

image is not available

Difahamkan, Wan bakal dikenakan tindakan undang-undang atas dakwaan merosakkan harta awam susulan insiden itu.

Sementara itu, identiti pemilik kereta masih belum didedahkan dan tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan daripada pihak mereka.

Sumber: Instagram @utusanmelayuplus

The post Insiden Sagat Kereta, Pemandu Treler Tampil Jelaskan Kejadian Sebenar appeared first on Borak Daily.