Insiden tanah runtuh di Ampang: Tiga buah rumah lagi perlu dikosongkan

10 Dec 2022 • 12:48 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Penghuni di tiga buah rumah di Taman Halaman, Ampang di sini diarah mengosongkan kediaman mereka kerana pergerakan tanah dijangka berlaku susulan hujan lebat berterusan sejak semalam di lokasi kejadian tanah runtuh itu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Eshak berkata penghuni di kawasan terlibat telah berpindah namun terdapat beberapa penghuni enggan berbuat demikian walaupun dinasihatkan oleh pihak berkuasa dengan memberi alasan tidak wajar.

Beliau berkata arahan mengosongkan kediaman itu bagi memastikan keselamatan penduduk.

“Polis juga telah membuat kawalan di kawasan sekitar dengan meletakkan sebuah Van Balai Polis bergerak selain mendirikan Pusat Kawalan Tempat Kejadian bersama bomba, Angkatan Pertahanan Awam dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

“MPAJ, Ketua Daerah dan Pejabat Tanah Daerah Hulu Langat hadir membuat pemeriksaan di kawasan tersebut dan tiada kemalangan jiwa direkodkan setakat ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, seorang wanita warga emas antara enam individu yang terselamat dalam insiden tanah runtuh berketinggian sembilan meter di taman itu.

Rumah mereka turut mengalami kerosakan dalam kejadian itu.-Bernama