Insiden Tembakan Cetus Kecoh Ketika Trump Hadiri Majlis Di Washington

WorldPolitics
26 Apr 2026 • 11:47 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Insiden Tembakan Cetus Kecoh Ketika Trump Hadiri Majlis Di Washington

Satu insiden tembakan dilaporkan berlaku ketika Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menghadiri satu majlis di sebuah hotel.

AFP melaporkan beberapa bunyi letupan kuat kedengaran, menyebabkan tetamu panik sebelum bertindak berlindung di bawah meja.

Selepas itu, pasukan taktikal bersenjata kemudian dikerahkan ke pentas utama yang menempatkan Donald Trump, sebelum beliau dibawa keluar dari lokasi kejadian.

image is not available

Insiden itu dilaporkan berlaku ketika White House Correspondents' Dinner sedang berlangsung, iaitu sebelum Donald Trump dijadualkan menyampaikan ucapan.

Pihak berkuasa turut dilaporkan mengepung Washington Hilton Hotel, dengan helikopter keselamatan berlegar di ruang udara bagi tujuan pemantauan.

United States Secret Service memaklumkan suspek telah ditahan, namun siasatan lanjut masih dijalankan.

Menurut AFP lagi, motif kejadian masih belum didedahkan.

Baca juga:

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved