Suasana di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam bertukar kecoh apabila beberapa das tembakan dilepaskan, malam tadi, menyebabkan ratusan pengunjung bertempiaran lari dalam ketakutan.
Rakaman kejadian yang tular di media sosial menunjukkan orang ramai bergegas mencari perlindungan, manakala ada yang kelihatan keliru dengan situasi yang berlaku. Beberapa pekerja premis bertindak pantas dengan menutup pintu gulung (roll shutter) untuk mengelakkan sebarang risiko.
SHAH ALE betul betul dah jadi mcm columbia lokasi kat setia city mall
Seorang saksi mendakwa insiden berlaku sekitar jam 9.50 malam dan mendengar bunyi tembakan dari aras LG.
“Saya diberitahu supaya tidak turun ke sana kerana ada part-timer yang kena tembak. Tidak lama selepas itu, saya terdengar bunyi tembakan lagi. Ada yang menjerit menyuruh kami lari, termasuk seorang lelaki yang mendukung anaknya,” katanya di media sosial.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim mengesahkan kejadian dan memaklumkan bahawa pasukannya telah tiba di lokasi untuk siasatan lanjut.
“Ya, memang ada kejadian tembakan dan pasukan polis sudah berada di tempat kejadian. Kami akan maklumkan perkembangan kes nanti,” katanya.
Pihak polis turut mengarahkan semua pengunjung mengosongkan bangunan bagi memastikan keselamatan orang awam. Namun, butiran lanjut mengenai punca kejadian dan keadaan mangsa masih belum didedahkan.
Sumber: Astro Awani, Berita Harian
The post Insiden tembakan di pusat beli-belah Setia Alam, pengunjung panik lari selamatkan diri appeared first on The Reporter.


