Insiden Tembakan Rambang Di Gereja Jerman, 7 Orang Dilaporkan Maut

10 Mar 2023 • 8:51 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Suspek dipercayai maut.

Insiden Tembakan Rambang Di Gereja Jerman, 7 Orang Dilaporkan Maut. Satu dunia dikejutkan dengan berita sedih yang berlaku di Jerman pada malam semalam.

Dilaporkan bahawa tujuh orang maut menakala 8 lagi cedera ekoran tembakan rambang yang berlaku di Gereja Jehovah’s Witness dekat Hamburg di utara Jerman.

image is not available
Insiden Tembakan Rambang Di Gereja Jerman, 7 Orang Dilaporkan Maut. Sumber foto: Astro Awani

Motif kejadian belum dikenal pasti

Motif kejadian belum lagi dikenal pasti. Menurut laporan, seorang atau beberapa suspek tidak dikenali telah masuk di gereja berkenaan dan mula menembak orang ramai secara rambang kira-kira jam 9 malam semalam.

Semua mangsa yang maut memiliki kesan tembakan dan suspek dipercayai antara beberapa mangsa yang ditemui maut dalam bangunan.

image is not available
Sumber foto: Berita Harian

Kita belum ada petunjuk mengaitkan suspek berjaya melepaskan diri dari lokasi kejadian,” katanya sambil menambah, pasukan penyiasat percaya suspek masih berada dalam bangunan dan mungkin antara mangsa yang maut.

Polis Hamburg berkata, siasatan masih ldijalankan bagi mengenal pasti motif di sebalik kejadian berkenaan.

Lagi berita terkini buat anda di sini: