Insiden Van Rempuh Sesi Perhimpunan Sekolah Kini Dalam Siasatan

LocalPolitics
11 Dec 2025 • 6:23 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Insiden Van Rempuh Sesi Perhimpunan Sekolah Kini Dalam Siasatan

Sesi perhimpunan pagi di sebuah sekolah di Cilincing, Indonesia bertukar cemas apabila sebuah van makanan tiba-tiba merempuh pagar sekolah.

Lebih mengerikan, kenderaan itu kemudiannya melanggar puluhan murid yang sedang duduk di lapangan untuk aktiviti literasi.

Menurut saksi, murid-murid sedang mengikuti sesi membaca pagi sekitar jam 6.39 pagi (WIB) apabila van berstiker Badan Gizi Nasional (BGN) tiba-tiba masuk tanpa amaran. Pelanggaran itu menyebabkan 20 orang cedera, iaitu 19 murid dan seorang guru.

Perhimpunan terganggu, pagar sekolah sebenarnya sudah ditutup

Kapolda Metro Jaya, Irjen Pol. Asep Edi Suheri, memaklumkan bahawa kegiatan literasi telahpun bermula dan semua murid duduk di atas tanah ketika insiden berlaku.

“Wakil Pengetua sedang berjalan ke hadapan untuk memantau pagar. Tiba-tiba, sebuah kenderaan merempuh pagar yang tertutup dan terus menghala ke arah murid-murid,” katanya.

Wakil Pengetua, Turah, turut mengesahkan pagar sekolah ditutup sepenuhnya sebaik perhimpunan bermula.

“Biasanya pada 6.30 pagi, pagar terus ditutup,” jelasnya.

20 mangsa dirawat, 5 dilaporkan parah

Asep berkata, semua mangsa segera dikejarkan ke dua hospital berdekatan bagi mendapatkan rawatan.

Difahamkan, lima mangsa mengalami kecederaan serius adalah seorang guru dan empat lagi guru. Manakala, selebihnya mengalami cedera ringan.

“Syukur, tiada mangsa yang meninggal dunia. Lima orang mengalami luka berat, selebihnya luka ringan. Kita doakan semuanya segera pulih,” katanya, mengesahkan tiada kemalangan jiwa setakat ini.

Pemandu ditahan, motif masih disiasat

Lapor Kompas.com, pemandu van berkenaan telah ditahan di Polres Jakarta Utara untuk siasatan lanjut. Menurut Asep, pihaknya belum dapat mengesahkan punca kejadian.

“Saya belum boleh membuat kesimpulan. Insiden ini berlaku bukan di jalan raya, jadi kami turunkan Ditreskrimum dan Ditlantas untuk menyiasat secara menyeluruh,” katanya.

Difahamkan, penyiasat kini sedang mengumpul bukti termasuk rakaman CCTV, keterangan saksi dan maklumat teknikal mengenai kenderaan tersebut.

Polis juga menyiasat sama ada van itu memang kenderaan rutin yang menghantar makanan ke sekolah atau sebaliknya.

Dalam pada itu, pihak polis menegaskan siasatan akan melihat bagaimana sebuah kenderaan boleh merempuh pagar yang sepatutnya terkunci dan terus melanggar kumpulan murid yang sedang duduk di lapangan.

Keadaan sekolah juga telah kembali terkawal, manakala ibu bapa mula memenuhi kawasan hospital dan sekolah untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai anak masing-masing.

BACA: Buka Cerita Soal Isteri, Luahan Suami Runtun Hati Ramai

Sumber: Kompas.com

The post Insiden Van Rempuh Sesi Perhimpunan Sekolah Kini Dalam Siasatan appeared first on Siakap Keli.