Insken, Public Islamic Bank dan MAIWP sasar peruntuk lebih RM200,000 bantu tingkatkan perniagaan usahawan asnaf

19 May 2023 • 3:28 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Insken, Public Islamic Bank dan MAIWP sasar peruntuk lebih RM200,000 bantu tingkatkan perniagaan usahawan asnaf

zulfadli

19/05/2023 - 15:28

KUALA LUMPUR 19 Mei - Institut Keusahawanan Negara Berhad (Insken) memeterai perjanjian kerjasama Program Pemangkin Usahawan Asnaf (Pemangkin) dengan Public Islamic Bank Bhd (PIBB) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk membantu usahawan asnaf menambah pengetahuan dan meningkatkan perniagaan mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif Insken, Muhd Firdaus Azharuddin berkata, menerusi program itu, ketiga-tiga agensi menyasar untuk memperuntukan lebih RM200,000 dapat dilaksanakan dalam tempoh setahun.

Katanya, beliau yakin usahawan asnaf tidak akan ketinggalan dalam kesemua sudut bidang keusahawanan, malah mereka juga akan lebih maju dan dapat menyumbang kepada ekonomi negara.

"Insken sentiasa mengalu-alukan kerjasama rentas agensi dan kementerian bagi membantu memantapkan ekosistem keusahawanan melalui pelbagai program latihan serta bimbingan.

"Saya berharap agar lebih banyak kerjasama dalam membantu usahawan di seluruh Malaysia dapat diwujudkan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, majlis menandatangani kerjasama itu diwakili oleh Muhd Firdaus, Ketua Pegawai Eksekutif PIBB, Syamsul Azuan Ahmad Fauzi dan pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Mohd Nizam Yahya.

Program Pemangkin juga adalah selari dengan program kewangan sosial di bawah inisiatif iTEKAD yang diterajui oleh Bank Negara Malaysia.

image is not available

Objektif utama kerjasama adalah sebagai inisiatif membantu usahawan asnaf menambah pengetahuan perniagaan seperti prosedur perniagaan, meningkatkan tahap kemajuan perniagaan dalam kalangan usahawan asnaf ke tahap lebih tinggi.

Selain itu, ia juga bertujuan untuk menjana dan meningkatkan jualan dan menambah bilangan pekerja.

Ketiga-tiga agensi yang terlibat mempunyai peranan masing- masing dengan Insken melaksanakan Program Pemangkin terdiri daripada Kursus Asas Industri kepada 25 peserta dan Program Insken Bumiputera Business Coaching (IBBC) untuk 10 peserta terpilih.

Manakala, PIBB bertanggungjawab untuk menyalurkan dana kepada Insken dan MAIWP untuk peserta menyertai program-program tersebut. - DagangNews.com

View Original Article