Insomniacks lancar album sulung 30 Oktober

LocalMusic
22 Oct 2026 • 1:47 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Insomniacks

KUALA LUMPUR- Selepas hampir 11 tahun mewarnai industri muzik tempatan, kumpulan pop rock Insomniacks bakal melakar satu lagi pencapaian menerusi pelancaran album sulung berjudul KAMI INSOMNIACKS pada 30 Oktober ini.

Album yang memuatkan 12 lagu itu menghimpunkan kisah cinta, persahabatan, kekeluargaan, pengembaraan dan perkembangan diri berdasarkan pengalaman yang dilalui anggota kumpulan berkenaan. Ia turut menampilkan kerjasama dengan beberapa nama tempatan termasuk Aziz Harun, XONE, Hael Husaini dan Irfan Haris.

Insomniacks

Insomniacks menyifatkan album itu sebagai karya bermakna yang merangkum perjalanan serta pengalaman mereka sepanjang hampir 11 tahun berkarya bersama. Mereka turut meneroka bunyi dan pendekatan penulisan lagu baharu, sambil mengekalkan identiti muzik yang dikenali peminat.

Menjelang pelancaran album, Insomniacks mengadakan jelajah pra-album di tiga lokasi, bermula di Loft29, George Town, Pulau Pinang pada 19 September sebelum diteruskan di Embrace Hall Music & Art Center, Skudai, Johor Bahru pada 3 Oktober. Persembahan di Johor Bahru menyaksikan tiket habis dijual dengan kehadiran lebih 300 penonton.

Jelajah itu bakal melabuhkan tirai di ODEON KL pada 31 Oktober menerusi persembahan yang menampilkan 14 lagu, termasuk kesemua 12 lagu daripada album sulung berkenaan serta beberapa lagu pilihan daripada rilisan terdahulu. Showcase itu dijangka menghimpunkan kira-kira 1,500 peminat bagi meraikan perjalanan muzik kumpulan tersebut.

Tiket kategori berdiri untuk showcase Kuala Lumpur masih tersedia dalam jumlah terhad, manakala peminat boleh mendapatkannya menerusi UberTickets. Album KAMI INSOMNIACKS pula boleh distrim menerusi platform penstriman utama mulai 30 Oktober ini.

The post Insomniacks lancar album sulung 30 Oktober appeared first on Utusan Malaysia.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved