Inspektor polis guna dadah diarah bela diri

17 Mar 2023 • 1:35 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

SEREMBAN: Seorang pegawai polis Cawangan Khas berpangkat Inspektor diarah membela diri oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menggunakan pelbagai jenis dadah.

Majistret Mohd Firdaus Saleh membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Roslan Sam, 43 tahun.

Roslan didakwa mengguna dan memberikan kepada dirinya sendiri dadah berbahaya jenis ketamin, amphetamine, methamphetamine, methylenedioxy-amphetamine (MDA) dan 3,4-methylenedioxymethamphetamine (MDMA).

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Seremban pada 3 pagi, 27 Sept 2020.

Mahkamah menetapkan 23 dan 24 Mei ini untuk mendengar pembelaan diri Roslan yang akan mengemukakan dua lagi saksi selain dirinya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nik Nur ‘Aqilah Syarfa Nik Zaidi manakala tertuduh diwakili peguam Haresh Mahadevan dan Wan Emyre Bastrisyia Ismail. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved