Inspektor polis, guru wanita maut MPV bertembung kereta

25 Jun 2026 • 8:13 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Inspektor polis, guru wanita maut MPV bertembung kereta
Mangsa yang maut merupakan pemandu kereta dan seorang penumpang di bahagian belakang MPV. Foto JBPM Perak
Image from: Inspektor polis, guru wanita maut MPV bertembung kereta
Anggota bomba menjalankan kerja-kerja menyelamat. Foto JBPM Perak

LENGGONG - Seorang pegawai polis berpangkat inspektor dan seorang guru wanita maut selepas kenderaan dinaiki bertembung di Kilometer 30, Jalan Kuala Kangsar-Gerik-Pengkalan Hulu di sini pada Khamis.

Mangsa, Inspektor Melvindar Singh Gamum Singh, 41, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pengkalan Hulu dan Zuraida Abu Bakar, 47, seorang guru di Kolej Vokasional Gerik, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Balai Bomba dan Penyelamat Lenggong menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.57 petang, melibatkan sebuah kereta jenis Toyota Vios dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Honda Odyssey.

Difahamkan, ketika kejadian, Zuraida bersama lima lagi warga pendidik menaiki MPV tersebut dalam perjalanan pulang ke Gerik selepas menghadiri kursus di Lenggong.

**media[3562420]**

Bagaimanapun, kesemua mereka termasuk pemandu MPV terselamat dan hanya mengalami kecederaan sebelum dihantar ke Klinik Kesihatan Lenggong untuk rawatan lanjut.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, sebaik tiba di lokasi, pihaknya mendapati terdapat mangsa tersepit di kedua-dua kenderaan.

Menurutnya, ketua operasi kemudian melaksanakan penilaian situasi dan mengarahkan anggota menjalankan kerja-kerja menyelamat menggunakan peralatan hidraulik sehingga mangsa berjaya dikeluarkan.

"Mangsa yang maut merupakan pemandu kereta dan seorang penumpang di bahagian belakang MPV telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Operasi disertai lima anggota itu tamat sepenuhnya pada jam 6.12 petang.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved