Inspektor Sheila ‘Blushing’ Iqbal Tak Sorok Hasrat Mahu Jadi Peneman Hidup

5 Jul 2023 • 8:41 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sedia maklum, semalam usahawan sensasi Iqbal Zulkefli meluahkan hasratnya sudi menjadi peneman hidup Inspektor Sheila.

Kata Iqbal, dia menyukai keperibadian Sheila yang tegas serta garang kerana yakin wanita tersebut mampu menjaganya serta percaya pasti ada sifat manja sudah kenal lebih mendalam.

image is not available

Setelah luahan hati yang dibuat oleh Iqbal tular di serata platform, Sheila atau nama sebenarnya, S. Sheila Sharon membalas kenyataan tersebut di laman Facebooknya.

Dengan ringkas, Inspektor Sheila membalas keratan artikel mengenai luahan hati Iqbal dengan emoji ‘blushing’ dan terkejut.

Sekadar info, nama Inspektor Sheila mula menjadi bualan ramai setelah video yang memaparkan dirinya berlagak dengan status dimiliki tular di media sosial.

image is not available 2 days ago

"Saya Sukakan Wanita Garang.." - Terlalu Sunyi, Iqbal Sudi Jadi Peneman Hidup Inspektor Sheila