‘Inspektor Sheila’ Kembali Tular, Cetus Kekecohan Di Premis Makanan

LocalPolitics
31 Dec 2025 • 9:19 AM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

image is not available

KUALA LUMPUR – Nama pegawai polis yang kini digantung tugas, dikenali sebagai ‘Inspektor Sheila’, sekali lagi menjadi perhatian warganet susulan penularan sebuah video yang memaparkan wanita itu mencetuskan kekecohan di sebuah premis perniagaan.

Menerusi rakaman video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok @Apa.barang.ada hari ini, kelihatan ‘Inspektor Sheila’ terlibat dalam pertengkaran mulut dengan seorang wanita bertudung yang dipercayai merupakan pengurus restoran berkenaan.

Dalam video tersebut, ‘Inspektor Sheila’ didengari menjerkah wanita itu dengan kata-kata, “Kerja je pun, staf. Kau siapa, kau siapa. Dahlah pendek,” sebelum situasi menjadi tegang.

Insiden Terbaharu Cetus Reaksi Warganet

Wanita yang dipercayai pengurus restoran berkenaan kemudiannya dilihat beredar dari kawasan itu, manakala ‘Inspektor Sheila’ ditenangkan oleh beberapa individu yang berada di premis tersebut.

Difahamkan, ‘Inspektor Sheila’ telah digantung tugas sejak 23 Jun 2023 susulan beberapa kes lain yang pernah dikaitkan dengannya, termasuk menghina seorang anggota polis serta mengugut seorang wanita warga emas.

Sebelum ini, nama pegawai terbabit turut beberapa kali tular di media sosial selepas didakwa mencetuskan kekecohan di beberapa lokasi awam, termasuk di kedai makan, selain mengganggu tugas anggota polis yang sedang bertugas.

Insiden terbaharu ini sekali lagi mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial, dengan ramai menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas bagi mengelakkan kejadian seumpama itu berulang. – The Malaysian Update

The post ‘Inspektor Sheila’ Kembali Tular, Cetus Kekecohan Di Premis Makanan appeared first on The Malaysian Update.