Inspirasi hijab daripada bunga mawar, sentuhan jenama Roos Scarves serlahkan penampilan pada Aidilfitri

Women's Fashion
13 Apr 2023 • 9:30 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

Inspirasi hijab daripada bunga mawar, sentuhan jenama Roos Scarves serlahkan penampilan pada Aidilfitri

SYAWAL hanya tinggal kira-kira dua minggu lagi. Selepas penat ‘bertarung’ di dapur menyediakan juadah, tentu sekali para wanita ingin tampil mempesona tidak kira pada pagi lebaran, mahupun sepanjang musim perayaan.

Pada kesempatan ini, SinarPlus memilih beberapa jenama daripada busana, sepatu, tudung dan beg untuk disuai padankan. Ingat, jangan keterlaluan ketika bergaya! Bersederhana lebih baik.

KEPADA yang berhijab, sudah tentu masing-masing sudah mempunyai jenama yang digemari.

Namun, apa kata kali ini cuba ubah ‘selera’ lama dengan bertukar kepada label Roos Scarves.

Menariknya, setiap corak yang berinspirasikan bunga ros atau mawar sebenar akan dilukis terlebih dahulu sebelum diolah dan dicetak pada skarf.

image is not available

image is not available

Terbaharu, Roos Scarves memperkenalkan dua koleksi yang dinamakan Fairy dan Popcorn Series.

Kedua-dua hijab tersebut merupakan potongan shawl yang mempunyai aura dan stail unik.

image is not available

Tidak terlalu sarat, corak disusun secara teratur dan rona putih yang mendominasi latar akan membolehkan tudung sesuai dipakai dengan busana jenis polos atau bercorak.

image is not available

Sudah pasti penampilan si gadis atau ibu-ibu akan lebih berseri dan memukau pada lebaran nanti.