Inspirasi! Ibu dua anak, Ana Rafali luah syukur selesai Master

Entertainment
15 Aug 2022 • 11:42 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available
Inspirasi! Ibu dua anak, Ana Rafali luah syukur selesai Master

INSPIRASI buat ibu-ibu muda! Memiliki pendidikan di aras yang tinggi bukan lagi sekadar impian malah ia boleh menjadi kenyataan.

Begitulah yang dilalui penyanyi Ana Raffali yang menzahirkan rasa syukur selepas akhirnya dia berjaya menamatkan pengajiannya di peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Teknologi Pengajaran di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Berita gembira itu dimaklumkan Ana atau nama sebenarnya, Ana Nur Hidayah Mohd Raffali menerusi Instagram miliknya.

Menerusi posting itu, penyanyi lagu Tolong Ingatkan Aku itu turut berkongsi swafotonya sewaktu menghadiri majlis konvokesyen yang berlangsung pada Sabtu lalu.

Dalam pada itu, ibu kepada dua anak lelaki turut merakamkan ucapan penghargaan buat semua pihak yang telah menyokong dan membantunya sepanjang pengajian.

image is not available

“Alhamdulillah, syukur saya dianugerahkan Sarjana Pendidikan dalam bidang Teknologi Pengajaran dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

“Terima kasih kepada semua yang memberikan kepercayaan dan bantuan sepanjang pengajian saya,” coretnya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengikut tumpang gembira selain mendoakan agar Ana akan terus sukses pada masa akan datang.

Ujar mereka;

“Congratulations Ana for your amazing achievement, keep inspiring!”

“Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Congratulations.”

“Semoga terus maju jaya untuk masa hadapan… Insya-ALLAH aamiin ya rabballalamin.”

Sekadar info, nama Ana pernah menjadi perhatian selepas dinobatkan pemenang utama di Anugerah Juara Lagu ke-25 menerusi lagu Tolong Ingatkan Aku.

Selain itu, Ana juga turut popular menerusi lagu Kalau Berpacaran, Hujan Bunga Di Kuala Lumpur dan Hari Hari Hari Raya.

Ana Rafali sebelum ini seakan ‘hilang’ dalam dunia muzik tempatan semenjak mendirikan rumah tangga pada tahun 2012.

Wah, tahniah Ana! Boleh dijadikan sumber inspirasi buat semua wanita di luar sana!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.

View Original Article