Inspirasi! Leftenan Dr Ruth srikandi ATM bergelar IRONMAN termuda, ungguli sukan lasak triathlon

30 Dec 2022 • 4:52 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

INSPIRASI wanita muda, pencapaian mengagumkan Leftenan Dr Ruth Ting menjadi tumpuan. Warga maya rata-rata teruja kehebatan beliau mengimbangi akademik dan sukan sehingga bergelar Pegawai Kadet Wanita Terbaik (Jasmani) Siri 5/2021 pada tahun 2021.

Leftenan Dr Ruth Ting, 26, Pegawai Muda dari Kor Kesihatan Diraja (KKD) merupakan pegawai wanita Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang pertama berjaya bergelar Ironman.

Kejayaan membanggakan itu dikongsikan laman sosial Facebook ATM.

image is not available

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Kesihatan Pertahanan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), wanita itu kini bertugas sebagai pegawai perubatan di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan,Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Gelaran Ironman diraihnya pada tahun 2016 sewaktu beliau seorang Pegawai Kadet yang menuntut di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

image is not available

Lebih membanggakan, Dr Ruth sehingga kini masih berjaya mengekalkan rekod sebagai atlet wanita termuda di Malaysia yang berjaya menamatkan pertandingan IRONMAN ketika berusia 20 tahun lima bulan.

IRONMAN merupakan triathlon yang melibatkan tiga disiplin dan perlu ditamatkan kurang dari 17 jam iaitu berenang sejauh 3.8 km, berbasikal sejauh 180 km dan berlari jarak marathon pada jarak 42 km.

Selain digelar ‘Iron Lady’, Dr Ruth juga aktif dengan aktiviti sukan lasak yang lain dan meraih kedudukan yang baik pada setiap kejohanan.

image is not available

image is not available

 

Disamping aktif dalam sukan lasak, beliau turut mencatatkan kejayaan demi kejayaan dalam bidang pengajian termasuk menerima anugerah Pegawai Kadet Wanita Terbaik (Jasmani) Siri 5/2021, Akademi Tentera Darat pada tahun 2021.

image is not available

Tidak hanya itu, Dr Ruth juga merupakan Pegawai Kadet Wanita Terbaik (Individu) bagi Anugerah Kualiti Komandan Akademi Latihan Ketenteraan tahun 2020 dan Pegawai Kadet Wanita Terbaik (Keseluruhan) UPNM pada tahun 2017.

image is not available

“Pencapaian Leftenan Dr Ruth Ting adalah wajar dijadikan inspirasi kepada warga ATM dalam aspek kesejahteraan mental, fizikal, cergas dan sihat,” titip Laksamana Muda Datuk Ir Ts Mohd Shaiful Adli Chung dalam hantaran di laman sosial ATM.

Hebat kejayaan ditempa Dr Ruth, bukan sahaja cergas dalam aktiviti fizikal, tetapi cemerlang secara keseluruhan.

Semoga pencapaiannya menjadi penguat semangat dan inspirasi wanita muda lain yang ingin menceburkan diri dalam bidang ketenteraan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi