Insta360 GO 3 dilancarkan hari ini sebagai kamera aksi terkecil dunia yang hanya sebesar 35 gram. Kamera ini boleh merakam video sehingga tetapan 2.7K 30FPs menerusi lensa f/2.2. Tiada maklumat dikongsi mengenai saiz sensor kamera yang digunakan.

Dengan model baharu, tempoh rakaman meningkat sehingga 45% yang adalah 50% lebih panjang berbanding GO 2. Selain itu dengan bantuan Action Pod, tempoh rakaman video meningkat ke 170 minit menggunakan pek bateri tambahan. Action Pod ini juga dilengkapi skrin LCD sesentuh yang boleh memaparkan apa yang dirakam secara terus apabila GO 3 dipasang atau secara jarak jauh.

Seperti kamera Insta360 yang lain terdapat sistem penstabilan video FlowState dan mod rakaman mengunci kedudukan horizon walaupun kamera berputar 360 darjah. Rakaman boleh dilakukan dengan menekan butang pada kamera atau menerusi kawalan suara.

Kerana saiznya yang kompak, GO 3 boleh digantung pada leher akan disambung menggunakan magnet kepada baju tanpa memerlukan cagak khas. Kamera GO 3 melepas piawaian kalis air IPX8 yang membolehkan ia dibawa menyelam sehingga 16 kaki manakala Action Pod pula melepas piawaian kalis percikan air IPX4.
Di Malaysia, harga jualan Insta360 GO 3 bermula daripada RM1779 untuk kit asas dalam pilihan storan 32, 64 dan 128GB.
