
Insta360 GO 3S Retro Bundle dilancarkan sebagai pilihan menarik kerana ia menggabungkan nostalgia kamera filem dengan kemudahan kamera POV moden. Gabungan ini menjadikannya sesuai untuk pencipta kandungan yang menggemari gaya klasik sambil mengekalkan teknologi terkini.


Model baharu ini diberi sentuhan retro lengkap dengan Retro Viewfinder yang meniru pengalaman kamera filem klasik serta cermin terbina. Ia turut hadir dengan pek bateri yang membolehkan rakaman sehingga 76 minit, NFC Custom Skin untuk akses pantas ke aplikasi dan Magnet Pendant bagi rakaman POV bebas tangan. Ia juga menawarkan tiga penuras eksklusif iaitu Negative Film, Positive Film dan Sticker Filter bersama 5 profil warna baharu berinspirasikan filem untuk rakaman bergaya klasik yang unik.



Kamera ini juga hanya seberat 39g yang menjadikannya mudah dipasang pada pakaian atau permukaan logam. Ia turut mampu merakam video 4K dengan FlowState Stabilization, kalis air 10m serta dilengkapi fungsi QuickCapture untuk rakaman segera. Insta360 GO 3S Retro Bundle ditawarkan di Malaysia dengan harga bermula RM1,099 untuk storan 64GB dan RM1,249 untuk storan 128GB.
