Insta360 Mic Air Dilancarkan – Mikrofon Nirwayar Bersaiz Kompak Dan Ringan

TechnologyDigital
30 Jun 2025 • 6:24 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Insta360 telah melancarkan produk baharu iaitu Mic Air iaitu set mikrofon nirwayar yang bersaiz kompak dan ringan. Dengan berat hanya 7.9 gram, mikrofon ini boleh dipasang pada pakaian menggunakan klip magnetik. Ia tidak memerlukan sebarang penyesuai atau penerima (receiver) tambahan untuk digunakan bersama produk Insta360 seperti X5 malah turut menyokong peranti lain seperti telefon dan komputer.

image is not available

Mic Air menawarkan kualiti audio pada kadar 48kHz/24-bit serta dilengkapi ciri pengurangan bunyi terbina. Ia juga disertakan alat kawalan jauh untuk memulakan dan menghentikan rakaman serta fungsi bisu (mute). Untuk pengguna yang memerlukan sambungan lebih meluas, terdapat juga versi yang hadir dengan set penghantar dan penerima (1TX + 1RX) yang sesuai digunakan bersama pelbagai peranti terkini.

Selain itu, Insta360 turut memperkenalkan Ultimate Creator Bundle iaitu pakej lengkap khusus untuk pencipta kandungan. Pakej ini merangkumi peralatan seperti Mic Air, Bullet Time Selfie Stick 2.0 yang boleh dipanjangkan sehingga 120cm dan Quick Reader yang memudahkan pemindahan fail serta menyokong pengecasan semasa rakaman dijalankan.

image is not available

Kesemua peralatan ini boleh diintegrasikan dengan aplikasi Insta360 yang menyediakan ciri suntingan automatik menggunakan teknologi AI (FlashCut), serta pilihan suntingan secara manual. Harga produk baharu Insta360 ini bermula US$49 (~RM 206) untuk Mic Air sahaja.

View Original Article