Insta360 Sahkan Sedang Membangunkan Dua Kamera Nircermin Lensa Boleh Ditukar

TechnologyDigital
12 Aug 2026 • 4:01 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

April lalu rekaan kamera digital MFT yang didakwa sedang dibangunkan oleh Insta360 telah tertiris ke arena web. Ia memulakan spekulasi Insta360 akan memasuki pasaran kamera digital dengan lensa yang boleh ditukar setelah sekian lama lebih terkenal sebagai syarikat kamera 360.

Image from: Insta360 Sahkan Sedang Membangunkan Dua Kamera Nircermin Lensa Boleh Ditukar

Dalam temubual bersama Mynavi News, CEO Insta360 Jingkang Liu mengesahkan syarikat sedang membangunkan dua kamera digital nircermindan bukannya satu seperti dikhabarkan. Kamera dibangunkan bagi memudahkan penggunaan kamera dengan lensa boleh ditukar oleh orang ramai. Beliau turut mengatakan teknologi AI akan digunakan bagi membantu pengguna merakam gambar.

Turut didedahkan beliau ialah kamera yang dihasilkan bakal mempunyai rekaan yang lain daripada lain. Bila kamera ini akan dilancarkan masih kekal misteri. Sejak memasuki arena kamera gimbal kompak, Insta360 berjaya memberikan persaingan kepada DJI. Mungkin apabila mereka memasuki pasaran kamera digital nanti, perkara yang sama akan berlaku.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved