Instagram Alami Masalah Di Seluruh Dunia

Technology
22 May 2023 • 2:05 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Gambar oleh Nooreeza Hashim

LONDON - Instagram mengalami gangguan global dengan lebih 50,000 pengguna melaporkan isu itu sejurus sebelum 11 malam Ahad, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Down Detector, sebuah laman web yang menjejaki gangguan, menerima 56,628 laporan sekitar 11 malam (2200 GMT).

Peta lokasi Down Detector menunjukkan gangguan berlaku di seluruh United Kingdom selain Amerika Syarikat dan Australia.

Pemilik Instagram, Meta belum menangani gangguan atau menyatakan bila Instagram akan kembali pulih.

Menurut Down Detector, 92 peratus daripada gangguan berlaku pada aplikasi, enam peratus di laman sewangan dan dua peratus pada log masuk.

Pengguna tidak boleh memuat semula suapan Instagram mereka.

Instagram mengalami gangguan pada 9 Mac di mana beribu-ribu pengguna melaporkan isu yang sama. - Bernama-dpa

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved