Instagram Channels Diperkenalkan Untuk Pencipta Kandungan Menyiarkan Maklumat Kepada Pengikut

TechnologyDigital
17 Feb 2023 • 12:43 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

WhatsApp, Telegram dan beberapa lagi perkhidmatan pemesejan sedia menyokong siaran mesej untuk seorang terus hantar mesej ke ramai orang serentak. Ini adakah untuk melakukan pengumuman misalnya.

Terkini, Meta telah memperkenalkan ciri lebih kurang sama untuk Instagra melalui DM iaitu Channels.

image is not available

Dengan ciri Instagram ini, pencipta kandungan, selebriti, usahawan atau ramai lagi boleh menyiarkan teks, gambar, undian, dan banyak lagi kepada umum. Cuma buat masa ini ciri ini terhad untuk pengguna terpilih di Amerika Syarikat dan pengguna lain hanya boleh mohon dan harapkan Meta luluskan untuk menggunakan ciri Channels ini.

Mark Zuckerberg turut akan menggunakan Instagram beliau untuk menyebarkan maklumat dan pengumuman menggunakan Channels. Pengikut kepada akaun Instagram yang boleh menggunakan ciri ini boleh memberikan reaksi atau mengundi. Tetapi tidak boleh membalas sebarang mesej.

image is not available