Instagram Dilaporkan Sedang Membangunkan Ciri Mengeluarkan Diri Sendiri Dari Senarai Close Friends

TechnologyDigital
30 Jan 2026 • 11:58 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Salah satu fungsi menarik yang diperkenalkan oleh Instagram ialah senarai Close Friends, yang mana pengguna boleh membangunkan senarai rakan-rakan terdekat yang boleh melihat hantaran Stories mereka, tetapi bukan pengikut-pengikut lain.

Baru-baru ini, peniris maklumat berkaitan platform digital terkemuka Alessandro Paluzzi mengatakan bahawa Instagram kini sedang membangunkan ciri dimana pengguna yang dimasukkan kedalam senarai Close Friends ini boleh mengeluarkan diri mereka sendiri sekiranya mereka tidak mahu lagi berada didalam senarai tersebut.

— Alessandro Paluzzi (@alex193a) January 29, 2026

Untuk masa ini, satu-satunya cara untuk mengeluarkan diri anda daripada senarai Close Friends tersebut ialah dengan meminta pemilik akaun tersebut untuk mengeluarkan anda, tetapi sekiranya ciri ini benar-benar diimplimentasi, ia dilihat mempercepatkan proses tersebut tanpa perlu bertanya kepada pemilik akaun.

Samada ciri ini benar akan diimplimentasi, ataupun bila tidak diketahui lagi buat masa ini.