Instagram Memperkenalkan Perubahan Rekaan Grid Profil – Kini Papar Perkongsian Secara Menegak

TechnologyDigital
20 Jan 2025 • 9:34 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Instagram telah melakukan beberapa perubahan pada perkhidmatan mereka pada penghujung minggu ini. Disamping meningkatkan durasi Instagram Reels kepada 3 minit, perkhidmatan sosial tersebut turut membawa kepada perubahan rekaan profil pengguna.

Sebelum ini, Instagram memaparkan perkongsian dalam bentuk grid segi empat sama, membawa kepada pengguna mengambil kaedah kreatif dalam menyusun dan mempersembahkan profil masing-masing. Namun, bermula penghujung minggu lepas, Instagram telah melakukan perubahan pada tataletak rekaan profil.

image is not available

Kini, perkongsian diperlihatkan dalam bentuk gambar menegak, bersaiz sedikit tinggi berbanding rekaan segi empat sama. Instagram mengatakan langkah ini diambil kerana kebanyakkan gambar yang dimuat-naik kebelakangan ini adalah dalam format menegak dan bukannya empat-segi sama seperti dulu. Ini turut melibatkan perkongsian video.

Instgram mengatakan kelak akan turut memudahkan pengguna memilih gambar paparan dan mengubah posisinya mengikut citarasa pengguna.

Bagi anda sendiri, adakah anda menyukai paparan baharu ini, atau lebih gemarkan paparan grid empat-segi sama lama di Instagram?

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved