Instagram Mengemaskini Algoritma Reels Dengan Mengutamakan Kandungan Asli

TechnologyDigital
1 May 2024 • 9:53 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Instagram kini mengumumkan kemaskini pada algoritma paparan video-video Reels pada platform berkenaan, dan menyatakan akan lebih mengutamakan kandungan asli berbanding perkongsian kandunga-kandungan yang diambil daripada pihak atau platform lain.

Selain itu, Instagram juga akan mula melabelkan akaun yang berkongsi kandungan lain, dan tidak akan memaparkan Reels mereka sekiranya berkongsi lebih 10 kandungan orang lain dalam tempoh 30 hari terakhir.

image is not available

Disamping mengutamakan perkongsian asli, pihak Instagram juga akan mula memberikan capaian yang lebih baik kepada akaun-akaun baharu, sekaligus tidak sekadar mengutamakan akaun dengan angka pengikut tinggi sahaja.

Instagram menyatakan perubahan ini akan memberikan capaian yang sama rata dalam membolehkan kandungan mereka ditonton ramai. Instagram akan memperkenalkan perubahan ini secara berperingkat pada bulan-bulan akan datang. Buat masa ini, perubahan algoritma ini akan memfokuskan kepada Reels sahaja – apatah lagi dengan Meta menyatakan kini lebih 60% penggunaan adalah memfokuskan kandungan video pada platform mereka.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved