Instagram Mengembangkan Ujian Susur Masa Yang Mirip TikTok

TechnologyDigital
17 Jun 2022 • 2:10 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Bulan lalau Instagram memulakan ujian susur masa baharu yang mirip Tiktok. Skrin hanya akan hanya memaparkan satu kandungan sahaja pengguna perlu menatal ke bawah untuk melihat kandungan seterusnya. Hari ini Mark Zuckerberg mengumumkan ujian ini akan dikembangkan lagi ke lebih banyak pengguna.

image is not available

Ia akan diberikan secara rawak kepada pengguna tertentu dan Instagram akan mengumumkan maklum balas sebelum ciri ini diteruskan ataupun tidak. TikTok ialah pesaing terbesar Instagram dan Facebook sehingga Meta mengeluarkan memo untuk menawarkan susur masa yang serupa di Facebook.

Adakah mengubah semua aplikasi untuk kelihatan seperti TikTok akan menjadi trend aplikasi yang seterusnya seperti semua aplikasi perlu mempunyai Stories beberapa tahun yang lalu?