Instagram Menghubungi Ibu Bapa Sekiranya Anak Melakukan Carian Kandungan Berbahaya

TechnologyFamily & Parenting
27 Feb 2026 • 6:45 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Kandungan di media sosial banyak yang baik tetapi ada juga yang buruk. Antara cabaran utama membesarkan anak di zaman edan ini ialah memastikan mereka tidak terjebak dengan aktiviti yang membahayakan diri sendiri. Hari ini Instagram memperkenalkan ciri menghubungi ibu bapa atau penjaga sekiranya anak di bawah jagaan mereka berulang kali mencari kandungan berkaitan bunuh diri atau mencederakan diri.

image is not available

Notifikasi dihantar kepada ibu bapa atau penjaga melalui WhatsApp, SMS, atau e‑mel, bergantung pada maklumat hubungan yang diberikan ibu bapa. Ciri ini hanya akan berfungsi jika akaun remaja berada di bawah pengawasan ibu bapa (parental supervision). Instagram turut menyediakan bahan sokongan untuk membantu ibu bapa berbincang dengan anak mereka.

Ciri kini dalam fasa pelancaran awal di Amerika Syarikat, UK, Australia, dan Kanada bermula minggu hadapan. Instagram merancang untuk memperluas ciri ini ke rantau lain menjelang akhir tahun ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved