Instagram Menguji Paparan Gambar 3D Spatial

TechnologyDigital
23 May 2025 • 3:56 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Bermula dengan gambar dua dimensi ke kandungan video, evolusi Instagram sebagai platform media sosial banyak berubah sejak 2010. Iterasi seterusnya ialah menyokong paparan gambar dalam format 3D spatial apabila Instagram dibuka di dalam set kepala Meta Quest.

image is not available

Instagram dan Reality Labs memulakan ujian minggu ini dengan gambar 3D ini dihasilkan sepenuhnya menggunakan kecerdasan buatan (AI) walaupun gambar asal adalah dalam format 2D. Kerana ini masih lagi ciri ujian, ia akan diberikan secara rawak kepada pengguna Quest. Dengan sokongan gambar 3D, Instagram ingin memberikan pengalaman yang nampak lebih mirip semula jadi dan menyeronokkan buat pengguna.

Ciri paparan gambar 3D ini adalah sama seperti yang ditawarkan Apple Vision Pro. Vision Pro boleh memaparkan gambar 3D spatial yang diambil menggunakan iPhone 16 Pro dan juga mengubahnya daripada imej 2D dalam galeri Photos pengguna.

View Original Article