
Instagram hari ini memperkenalkan satu lagi aplikasi berasingan dibawah mereka, dinamakan Instants. Melaluinya, ia memfokuskan kepada ciri teras, iaitu berkongsi gambar yang menghilang bersama rakan-rakan lain. Untuk makluman, ciri ini sedia ditawarkan melalui aplikasi Instagram pada bahagian permesejan, dan melalui aplikasi berasingan ini, ia dilihat Instagram memberikan lebih perhatian kepada ciri ini.

Instants memfokuskan kepada perkongsian sesuatu detik serta-merta tanpa memerlukan sebarang penyuntingan tambahan. Anda hanya merakamkan ia dan berkongsi dengan segera bersam arakan-rakan lain. Gambar yang dikongsikan hanya boleh dilihat sekali, sebelum ia hilang daripada paparan.
Buat masa ini, aplikasi ini ditawarkan di Android, terhad untuk pengguna di beberapa buah negara. Pengguna di Malaysia masih tidak boleh memuat-turunnya buat masa ini. Bagi anda, adakah anda akan memuat-turunnya sekiranya ia ditawarkan untuk pasaran tempatan kelak?




