Instagram perkenal evolusi terhebat media sosial? Gambar profil 2 dalam 1

Digital
26 Jan 2023 • 10:40 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Sebelum ini, anda perlu pilih satu sahaja gambar untuk diletakkan sebagai gambar profil di akaun Instagram. Kini, Instagram perkenalkan ciri gambar profil dinamik baharu yang membolehkan anda pamerkan gambar profil dan avatar serentak.

Hasilnya, apabila pengguna lain melawat profil anda, mereka boleh selak gambar profil itu untuk lihat gambar profil asli dan juga avatar. Anda boleh lihat contohnya melalui video di bawah.

Cara tambah avatar pada gambar profil

Ciri avatar Instagram membolehkan anda cipta imej menyerupai diri sendiri namun dalam bentuk seperti kartun. Untuk tambah avatar pada gambar profil, anda boleh ikut langkah ini:

  1. Buka APP Instagram
  2. Pada profil anda, tekan Edit profile
  3. Anda akan dipaparkan dengan gambar profil dan avatar di bahagian atas sekali
  4. Tekan simbol avatar untuk cipta avatar

image is not available

  1. Hasilkan avatar anda, kemudian tekan Done di atas kanan
  2. Seterusnya tekan Next

  1. Setelah selesai, anda akan dibawa semula ke halaman Edit profile
  2. Selepas tambah avatar, pengguna lain boleh selak gambar profil anda untuk lihat avatar anda

image is not available

Walaupun saya sudah ada avatar, tapi setakat ini rakan saya di Instagram masih belum boleh terbalikkan gambar profil saya. Mungkin ciri ini sedang dikembangkan kepada pengguna secara berperingkat dan pasti saya dapat menggunakannya tidak lama lagi.

Platform lain yang ada ciri hampir sama dengan Instagram ini ialah Telegram. Melaluinya anda boleh masukkan banyak gambar serentak pada bahagian profil. Jadi kenalan anda bolehlah swipe satu per satu gambar itu untuk lihat semuanya. Tapi yang dipaparkan pada halaman utama profil tetap satu gambar. Ia tidak boleh diterbalikkan seperti di Instagram.

Jadi anda rasa siapa lebih maju mengetengahkan ciri berbilang gambar profil? Instagram atau Telegram?

[Sumber: Techcrunch]